Ikhwan Muslimin
Ikhwan Muslimin

Ikhwan Muslimin

Sekutu bukan negara:Ikhwan Muslimin (Arab: الإخوان المسلمون, rumi: Al-Ikhwān al-Muslimūn, lit. 'Persaudaraan Islam'code: ar is deprecated ), atau ringkasnya Ikhwan ialah sebuah gerakan Islam aliran Sunni rentas negara yang diasaskan di Mesir[3] oleh sarjana Islam Hassan al-Banna pada 1928.[4][5][6] Tarbiah Hassan al-Banna tersebar ke luar Mesir, mempengaruhi pelbagai gerakan Islam hari ini daripada pertubuhan kebajikan hingga parti politik.[7]Bermula sebagai sebuah gerakan Pan-Islam, keagamaan dan sosial, gerakan Ikhwan tidak memandang peranan Islam dengan mudah, sebaliknya merujuk Islam sebagai "cara kehidupan". Ikhwan memiliki anggaran dua juta anggota pada akhir Perang Dunia Kedua.[8][9] Ideanya mendapat sokongan di kebanyakan negara Arab dan mempengaruhi beberapa gerakan Islam lain yang ditubuhkan di seluruh dunia dengan "model aktivisme politik digabung dengan kerja amal jariah".[10] Pada 2012, ia menjadi parti politik pertama yang terpilih secara demokratik di Mesir. Ikhwan Muslimin ialah sebuah pertubuhan aman,[11][12] namun dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh kerajaan tentera Mesir sendiri, dunia Barat, Rusia, Bahrain, Syria, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.[13][14][15][16] Pergerakan Ikhwan Muslimin secara rasmi dan tekal menolak penggunaan apa-apa cara keganasan untuk mencapai sesuatu matlamat.[17] Bagaimanapun, cabang-cabang kumpulan itu telah dikaitkan dengan serangan pada masa lalu, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmoud an-Nukrashi Pasha pada 1948,[18][19][20] dan pengkritik menyalahkan Ikhwan mencetuskan kekacauan di tempat lain di Timur Tengah.[perlu rujukan]Matlamat Ikhwan ialah kembali kepada peraturan Al-Quran dan Sunnah sebagai asas untuk pembentukan keluarga, masyarakat, dan negara yang sihat dan mapan.[21] Doktrin Ikhwan adalah:Ikhwan Muslimin ini dibiayai oleh sumbangan anggotanya, yang dikehendaki mengetepikan sedikit pendapatan mereka bagi kegunaan gerakan. Sesetengah sumbangan ini datangnya daripada anggota yang bekerja di Arab Saudi dan negara kaya minyak lain.[24]Kebangkitan dunia Arab pada mulanya membawa kejayaan besar kepada Ikhwan, namun pada 2013 menderita kebalikan yang teruk.[25] Selepas enam dekad dengan status tidak sah, Ikhwan Muslimin Mesir disahkan secara rasmi pada 2011 apabila rejim Hosni Mubarak digulingkan rakyat. Sebagai pertubuhan politik terkuat di negara itu, Ikhwan memenangi beberapa pilihan raya,[26] termasuk pilihan raya presiden 2012 apabila calonnya Mohammed Mursi menjadi presiden Mesir pertama dipilih melalui demokrasi. Namun setahun kemudian pada Julai 2013, Mursi digulingkan pula oleh tentera. Selain Mursi, pemimpin gerakan Mohammed Badie turut ditahan. Pada 25 Disember 2013, kerajaan sementara Mesir mengisytiharkan Ikhwan sebagai pertubuhan pengganas selepas suatu serangan terhadap ibu pejabat polis di Mansoura.[13] Bagaimanapun, pada hari yang sama, Ansar Bait al-Maqdis yang berpusat di Sinai mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman tersebut.[27][28]